Saturday 12 November 2011

Ape itu Takaful?

Keperluan kepada Pelan Takaful? 

 “Dalam kehidupan setiap insan, pastinya beliau akan di timpa hujan.”

Pelan Takaful Keluarga bukan setakat melindungi peserta, tetapi ia memastikan kesejahteraan hidup.
Ia membolehkan seseorang untuk mendapatkan perlindungan dan kebebasan pada masa yang sama.

 “Seseorang itu menyertai pelan Takaful Keluarga bukan kerana beliau akan mati, tetapi untuk memastikan kehidupan  orang yang disayang dapat diteruskan.”
 
“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya).”   (Surah Al-Baqarah:240)

 “Sesungguhnya lebih baik engkau meninggalkan waris-warismu orang yang kaya daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.”(Riwayat Sa’ad Bin Abi Waqqas)

 Konsep Takaful merupakan satu bentuk kerjasama di kalangan para peserta yang telah berjanji untuk membantu di antara satu sama lain sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah.


Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan” (Surah Al-Maidah:2)

Ciri - Ciri Pelan Takaful: 
  • Berlandaskan hukum syarak 
  • Berasaskan konsep tabarru’ 
  • Bukan kontrak jual beli 
  • Tiada unsur gharar 
  • Tiada unsur perjudian 
  • Tiada unsur riba
 5 RISIKO DALAM KEHIDUPAN:

  • Kemalangan
  • Kematian
  • Hilang Upaya Kekal
  • Penyakit Kritikal
  • Usia Tua 
 


  
 

 Anda mungkin merasakan adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk menyertai pelanTakaful Keluarga pada ketika ini, tetapi… saya boleh pastikan bahawa ianya akan menjadi tidak masuk akal apabila anda tidak memiliki pelan tersebut ketika anda menjadi hilang upaya kekal dan menyeluruh.  

“Adalah sesuatu yang sukar untuk seseorang menyertai pelan Takaful Keluarga melainkan beliau menyayangi seseorang.” 
 
Keluarga anda akan sentiasa mengingati anda sehingga ke akhir hayat. Samada…anda menyertai atau tidak menyertai pelan Takaful Keluarga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...