IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.
IKHLAS WANITA TAKAFUL
Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.
Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di antara 16-50 tahun dengan 4 pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan hidup yang berbeza.
IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC
Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina
kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa
inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos
pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang
dari sekarang. Kami sedia membantu. Untuk itu, kami perkenalkan anda dengan
IKHLAS EDUCATION CLASSIC.
Ianya merupakan pelan yang membantu anda menabung sejumlah
kecil wang setiap bulan. Tanpa disedari jumlah yang terkumpul, cukup untuk
membiayai pendidikan anak anda di masa depan. Selain itu, pelan ini juga
menawarkan anda perlindungan sekiranya ditakdirkan anak anda meninggal dunia
atau kehilangan upaya. Dan anda diberi pilihan fleksibel untuk membuat
sumbangan antara 6 hingga 23 tahun sehingga tempoh matang sijil.
IKHLAS HAJJ SAVING TAKAFUL adalah pelan yang dipakejkan bersama IKHLAS Savings Takaful (IST) dengan penambahan kadar sumbangan, IKHLAS Immediate Death Expense Takaful Rider (IDE) dan IKHLAS Critical Illness Takaful Rider (CI).
Pelan ini mempunyai kumpulan sasaran tersendiri. Pelan ini dipakejkan sebagai pengumpulan dana bertujuan
menunaikan ibadah Haji atau tujuan murni. Perlindungan yang disediakan untuk pelan ini termasuk faedah-faedah kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh serta faedah penyakit kritikal.
Hanya 4 pelan yang di rekomenkan.
Sila contact Fairul 013-77 30 900 untuk info detail.