Pengenalan
Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah
membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan
ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang
terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan
kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke
setahun, anda perlu merancang dari sekarang. Kami
sedia membantu. Untuk itu, kami perkenalkan anda
dengan IKHLAS EDUCATION CLASSIC.Ianya merupakan pelan yang membantu anda menabung sejumlah kecil wang setiap bulan. Tanpa disedari jumlah yang terkumpul, cukup untuk membiayai pendidikan anak anda di masa depan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan anda perlindungan sekiranya ditakdirkan anak anda meninggal dunia atau kehilangan upaya. Dan anda diberi pilihan fleksibel untuk membuat sumbangan antara 6 hingga 23 tahun sehingga tempoh matang sijil.
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education Classic?
Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Sekiranya ditakdirkan berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh menimpa anak anda sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) kepada anda. Sekiranya kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh berlaku sebelum anak anda mencapai umur lima (5) tahun pada harijadi seterusnya jumlah perlindungan yang akan dibayar adalah seperti berikut:
Kenapa
IKHLAS Education Classic Takaful?
Sebaik sahaja sijil matang, anak anda akan menerima secara sekaligus sejumlah wang, setara dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).
PENGELUARAN WANG TUNAI
Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.
PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.
ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Mereka yang menyertai pelan ini akan diberi anugerah untuk pencapaian cemerlang di peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Manfaat ini hanya akan dibayar sekiranya pada tarikh peperiksaan, sijil telah berkuatkuasa untuk tempoh minimum tiga (3) tahun. Manfaat anugerah adalah RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).
SYARAT DAN HAD UMUR
Umur | : | 30 hari - 12 tahun (umur pada harijadi berikutnya) | |
Jumlah had perlindungan | : | Minimum RM10,000 Maksimum RM150,000 |
|
Tempoh tamat umur penyertaan | : | Berdasarkan umur peserta antara 18 - 23 tahun | |
Tempoh perlindungan | : | 6 - 22 tahun |
MENABUNG UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA SAMBIL MENIKMATI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin, menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.