PENGENALAN
IKHLAS HAJJ SAVINGS TAKAFUL adalah pelan yang dipakejkan bersama IKHLAS Savings Takaful (IST) dengan penambahan kadar sumbangan, IKHLAS Immediate Death Expense Takaful Rider (IDE) dan IKHLAS Critical Illness Takaful Rider (CI).
Pelan ini mempunyai kumpulan sasaran tersendiri. Pelan ini dipakejkan sebagai pengumpulan dana bertujuan
menunaikan ibadah Haji atau tujuan murni. Perlindungan yang disediakan untuk pelan ini termasuk
faedah-faedah kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh serta faedah penyakit kritikal.
APAKAH MANFAAT YANG DITAWARKAN OLEH IKHLAS HAJJ
SAVINGS TAKAFUL?
SAVINGS TAKAFUL?
1. FAEDAH KEMATIAN [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
Faedah kematian bersamaan dengan Jumlah Perlindungan campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada penama Peserta atau keluarga terdekat. Penama atau keluarga terdekat digalakkan untuk
menggunakan sebahagian faedah kematian untuk membayar 'Badal Haji' bagi pihak Peserta.
2. FAEDAH TPD [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
Jika berlaku hilang upaya kekal menyeluruh kepada Peserta yang merangkumi terma yang terdapat di dalam Sijil, Jumlah Perlindungan campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada Peserta.
3. FAEDAH SEGERA KEMATIAN [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
Perbelanjaan Faedah Segera Kematian bersamaan RM2,000 akan dibayar dalam masa 24 jam (selepas penghantaran borang tuntutan, permit perkuburan atau sijil kematian kepada Syarikat) kepada penama Peserta atau keluarga terdekat.
4. FAEDAH PENYAKIT KRITIKAL PRA-BAYAR [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
RM10,000 akan dibayar apabila Peserta telah disahkan menghidapi penyakit-penyakit kritikal seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak Sijil. Pembayaran faedah di bawah faedah ini akan mengurangkan Jumlah Perlindungan asas.
5. FAEDAH PENAMBAHAN [Faedah Takaful ini tidak dijamin]
Penambahan adalah Sumbangan tambahan yang berfungsi sebagai akaun simpanan biasa oleh institusi kewangan. Kadar penambahan akan ditentukan pada permulaan berdasarkan kepada jumlah jangkaan (atau kehendak) yang akan dicapai sehingga tempoh matang.
6. FAEDAH TEMPOH MATANG [Faedah Takaful ini tidak dijamin]
Jumlah keseluruhan bersamaan dengan baki dalam PIA dan PRIA akan dibayar semasa tempoh matang.
TEMPOH DAN HAD UMUR
Umur Penyertaan : 30 hari - 60 tahun, umur pada hari jadi berikutnya.
Umur Tamat Tempoh : Minimum mencapai umur 20 tahun dan Maksimum mencapai umur 65 tahun
Tempoh Perlindungan : 5, 10, 15, 20 dan 25 tahun
KENAPA TAKAFUL IKHLAS?
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Adalah anak syarikat MNRB Holdings Bhd. Operasi perniagaan kami adalah berlandaskan kepada prinsip Syariah. Kami turut memberi keutamaan dalam memastikan agar
semua urusan perniagaan kami adalah berlandaskan kesaksamaan dan keadilan. Kami percaya kepada falsafah 'memudahkan urusan perniagaan' kepada rakan perniagaan kami yang paling utama -
para pelanggan kami.
Kami mengguna-pakai kontrak Tabarru', di mana Peserta bersetuju menderma peratusan yang telah ditentukan daripada Sumbangan kepada dana risiko untuk membantu Peserta lain. Model Takaful
IKHLAS memastikan Peserta akan mendapat manfaat daripada keuntungan pelaburan dan lebihan (jika ada) dalam dana risiko. Pendapatan pelaburan bersih dan lebihan bersih hasil daripada produk ini akan diagihkan kepada setiap PIA/PRIA.
"Satu pelan yang memberikan ketenangan apabila Sijil orang yang anda sayangi dilindungi sepenuhnya"